Jumaat, 14 Januari 2022

Fenomena Awan Luar Biasa Terjadi Lagi Di Malaysia




Fenomena awan yang luar biasa bentuknya sudah banyak kali terjadi di Malaysia. Antara yang paling popular dan menggemparkan penduduk adalah formasi awan luar biasa kelihatan seperti 'ombak besar' dan 'puting beliung' di beberapa daerah di pantai barat Sabah pada tiga tahun lepas.


Terbaru, fenomena awan 'aneh' turut dirakam berlaku di Bidor, Perak, di mana pembentukan awan tersebut seolah-olah seperti 'pintu masuk' untuk makhluk asing masuk ke Bumi, dan keajaiban alam itu dikongsikan laman Twitter Perak Press pada 29 Oktober 2021.


Begitupun, berdasarkan fakta dan kejadian-kejadian yang pernah berlaku sebelum ini, fenomena awan tersebut sebenarnya tidak membahayakan penduduk setempat.


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 2016 pernah mengesahkan telah berlaku formasi pembentukan awan luar biasa di Langkap, Perak dan ia satu fenomena semula jadi.


Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Menteri MOSTI pada waktu itu) dalam satu kenyataan berkata, kejadian terbabit berlaku sekitar pukul 10.30 pagi hingga 11 pagi.


Menurutnya, kejadian itu adalah fenomena semula jadi cuaca disebabkan pembentukan garis badai berserta kejadian awan bergulung atau 'roll cloud' dan ia tidak berbahaya seperti garis badai.


Rakaman video dan gambar kejadian itu tersebar menerusi media sosial serta aplikasi WhatsApp dan beberapa penduduk melahirkan rasa gerun kerana pertama kali melihat kejadian itu.


Hakikatnya, kejadian sama pernah berlaku di kawasan Pantai Barat Sabah pada 27 Jun lepas; Kota Bharu, Kelantan (Ogos 2015); Sungai Petani, Kedah (2014) dan Kota Kinabalu, Sabah pada Jun 2012.


Garis badai merupakan sekumpulan barisan awan ribut petir bergerak dari arah laut ke daratan dan selalunya berlaku ketika Monsun Barat Daya iaitu dari Jun hingga September di kawasan pantai barat Sabah dan di Selat Melaka.


Awan jenis bergulung pula terbentuk disebabkan oleh ricihan angin menegak iaitu terdapat perbezaan ketara kelajuan dan arah angin. - Sumber Astro Awani.


Terbaharu, fenomena sama turut berlaku di Bidor, Perak dan keajaiban alam itu dikongsikan laman Twitter Perak Press pada 29 Oktober 2021.

Terbaharu, fenomena sama turut berlaku di Bidor, Perak dan keajaiban alam itu dikongsikan laman Twitter Perak Press pada 29 Oktober 2021.