Memaparkan catatan dengan label UFO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UFO. Papar semua catatan

Selasa, 20 September 2022

200 UFO muncul di langit Sepanyol mungkin kapal angkasa makhluk asing

200 UFO muncul di langit Sepanyol mungkin kapal angkasa makhluk asing


Sebuah klip video yang memaparkan sejumlah objek terbang tidak dikenali (UFO) di langit selatan Madrid, Sepanyol, menimbulkan perdebatan netizen dengan ada yang mempercayainya sebagai kapal angkasa makhluk asing, selain terdapat juga yang menganggapnya sebagai dron.


Menurut laporan akhbar Daily Star, seorang pengguna laman perkongsian Reddit memuat naik klip video tersebut dan mendakwa bahawa dia melihat kira-kira 200 UFO di langit sekitar 10.50 malam di Xanadu, Mostoles berhampiran ibu kota Sepanyol.


Berdasarkan video tersebut, objek-objek itu dilihat berbaris dalam formasi hampir sebaris sebelum ia mula bergerak ke atas dan bawah. Beberapa orang awam turut berada di luar kereta masing-masing untuk melihat fenomena tersebut.


"Ini adalah kejadian yang luar biasa. Objek-objek itu berada di situ memerhatikan kami.


"Ia agak mengelirukan namun tiada sebarang penjelasan lanjut mengenainya," kata pengguna tersebut.


Tambahnya, dia percaya bahawa objek tersebut berasal dari angkasa lepas, namun ramai netizen menganggap bahawa ia sekadar pertunjukan dron.


"Anda boleh mendengar kipas dron itu berbunyi dengan jelas," kata seorang pengguna.


"Anda pasti bergurau. Itu hanyalah dron, dan sila kekal fokus," tulis seorang lagi.


Pengguna berkenaan bagaimanapun membidas komen-komen tersebut dengan menyatakan bahawa bilangannya yang banyak menjadi faktor dia percaya bahawa objek tersebut berasal dari angkasa lepas.


"Tedapat kira-kira 200 buah objek tersebut dan agak sukar untuk mengawal 200 dron dalam satu-satu masa dengan jarak sekitar 1 kilometer dari tanah," katanya. - Sumber Daily Star.


Beberapa orang awam turut berada di luar kereta masing-masing untuk melihat fenomena kira-kira 200 UFO yang muncul di langit. - Foto Reddit/Nesra432.

Sabtu, 17 September 2022

Juruterbang tentera laut AS mengaku nampak UFO terbang di ruang udara setiap hari

Juruterbang tentera laut AS mengaku nampak UFO terbang di ruang udara setiap hari


Seorang juruterbang tentera laut Amerika Syarikat (AS) mengakui melihat objek tidak dikenali (UFO) terbang di ruang udara setiap kali dia melakukan penerbangan.


Menerusi lapor akhbar Daily Star, Ryan Graves menggambarkan kesemua UFO yang dilihatnya sebagai fenomena udara tidak dikenali (UAP) dan mendakwa boleh mencetuskan ancaman keselamatan.


Graves membuat kenyataan itu beberapa minggu selepas Pentagon mendedahkan laporan mengenai penampakan UFO.


Laporan itu memaklumkan, tiada tanda-tanda kehidupan makhluk asing dikenal pasti dan menegaskan penampakan sejumlah UFO sebelum ini tidak dapat dijelaskan.


Selain itu, Graves memberitahu, kesemua UAP yang dilihatnya sejak 2014 lalu adalah sukar untuk dipalsukan.


"UAP itu mungkin boleh jadi jet tentera dari negara lain yang kita tidak ketahui, maka keadaan tersebut secara tidak langsung boleh mengancam keselamatan.


"Adalah sukar untuk menyatakan semua penampakan UAP itu, lebih-lebih lagi jika anda melihatnya hampir setiap hari," katanya.


Kerajaan AS menerusi satu lagi laporan turut menyatakan ratusan penampakan UFO dikesan antara 2004 hingga 2021.


Sementara itu, pakar berpendapat kebanyakan kes penampakan UAP adalah melibatkan pesawat fizikal kerana boleh dikesan menerusi pelbagai sistem termasuk inframerah dan radar. - Sumber Daily Star.


Ryan Graves berkata UAP menimbulkan ancaman kepada keselamatan. - Foto Fox 8 News.
62 kanak-kanak saksi penampakan UFO berbentuk cakera mendarat di belakang taman permainan sekolah

62 kanak-kanak saksi penampakan UFO berbentuk cakera mendarat di belakang taman permainan sekolah

Gambar hiasan.

Beberapa gambar yang disiarkan menunjukkan jejak didakwa ditinggalkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO) di sebuah padang sekolah dalam penampakan paling terkenal pada 1994 di Zimbabwe.


Puluhan kanak-kanak dari sebuah kelas di Sekolah Ariel, bandar Ruwa menarik perhatian media hampir 30 tahun lalu selepas mengatakan, mereka melihat kapal angkasa berbentuk cakera mendarat di sebuah padang di belakang taman permainan sekolah pada September 1994.


Ada yang mengatakan melihat makhluk asing seakan manusia keluar daripada kapal itu dan berkomunikasi dengan mereka.


Seorang pakar psikiatri dari Universiti Harvard kemudian menemu bual 62 kanak-kanak itu dan membuat kesimpulan bahawa mereka bercakap benar. Mereka yang kini dewasa masih berpegang kepada cerita tersebut setelah beberapa dekad menyaksikannya.


Gambar-gambar itu dikongsikan dalam dokumentari bertajuk Ariel Phenomenon mengenai kejadian yang mengejutkan itu.


Insiden tersebut adalah antara yang paling berharga dalam kalangan penyelidik. Mereka mengatakan bahawa disebabkan jumlah saksi, lukisan menarik yang dikatakan kapal angkasa dan makhluk yang dilukis pada hari yang sama menjadikan cerita itu sangat menarik.


Satu elemen yang kurang dalam kes luar biasa itu adalah bukti fizikal bahawa sesuatu telah mendarat di halaman sekolah tersebut pada pagi itu.


Seorang jurugambar, Gunter Hofer ialah antara yang pertama yang mendokumentasikan apa yang berlaku di tempat kejadian.


"Beberapa kanak-kanak berkata melihat kapal angkasa di lokasi berasingan di padang itu di mana saya menemukan kesan di atas rumput.


"Saya dapati dua kesan berbentuk bujur dengan berlainan saiz. Saya juga melihat kesan di atas tanah, sesuatu telah menekannya," katanya. - Sumber Daily Mail.


Jurugambar Gunter Hofer, yang merupakan salah seorang yang pertama di tempat kejadian yang mendokumentasikan kejadian itu, berkongsi gambarnya yang menunjukkan kesan berbentuk baji yang didakwa ditinggalkan oleh UFO di padang rumput. Kelihatan dia bergambar dekat rumput yang 'diratakan'. - Foto Gunter Hofer.

Pelajar Farrayi dan Guy Gibbon di Sekolah Ariel menunjukkan tempat kapal angkasa berbentuk cakera mendarat. - Foto Ariel Phenomenon.

Tapak pendaratan kedua yang didakwa pada hari Jumaat, 16 September 1994. - Foto Gunter Hofer.

Apabila murid sekolah diminta melukis pemerhatian mereka ketika itu, ada yang menghasilkan lukisan yang mengandungi dua objek, satu yang berbentuk cerut berlabel 'Khamis' dan satu lagi berbentuk cakera atau bujur, berlabel 'Jumaat'. - Foto Ariel Phenomenon.

Hofer berkata bahawa kebanyakan penerangan pelajar adalah 'sangat konsisten sebagai makhluk yang kelihatan pendek' dan 'banyak daripada mereka menggambarkan mata yang sangat besar'. - Foto Ariel Phenomenon.

Sabtu, 15 Januari 2022

Pentagon membuka pejabat khas menyiasat UFO

Pentagon membuka pejabat khas menyiasat UFO


Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pentagon akan membuka sebuah pejabat baharu khas untuk menyiasat hal berkaitan Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO), lapor akhbar The Sun pada 12 Januari 2022.


Sekumpulan pegawai pertahanan AS telah ditugaskan dalam sebuah pasukan pakar UFO yang dikenali sebagai Pejabat Pengawasan dan Penyelesaian Anomali (ARSO) pada hujung tahun lalu.


ARSO diwujudkan untuk mendedahkan dan mengenal pasti UFO yang dianggap berisiko mengancam keselamatan negara.


Namun begitu, kewujudan ARSO dikatakan tidak akan mengubah sebarang pendirian asal Pentagon yang lebih banyak merahsiakan hasil penemuannya.


Pengkritik-pengkritik memberi amaran bahawa kerajaan AS akan menyembunyikan sebarang penemuan utama, dan siasatan mengenai UFO sebenarnya sudah lama dijalankan secara rahsia.


Jurucakap Rangkaian UFO Bersama, Ron James berkata, orang ramai tidak mungkin akan diberitahu mengenai sebarang bukti gangguan makhluk asing.


"UFO adalah subjek dengan sejarah kerahsiaan yang boleh dibuktikan. Sekiranya mereka (Pentagon) tidak bersikap terbuka dalam penemuan mereka, penubuhan ARSO hanya akan menambah kawalan yang tidak sepatutnya mengenai hal berkaitan UFO," tegas James.


Senator Kirsten Gillibrand yang mengetuai pejabat baharu itu berkata, ia penting untuk keselamatan warga AS.


"Usaha keselamatan negara kami bergantung pada ketuanan udara dan fenomena ini memberikan cabaran kepada penguasaan kami.


"AS memerlukan usaha yang diselaraskan untuk mengawal dan memahami sama ada fenomena udara ini milik kerajaan asing atau sesuatu yang lain," katanya.


Tangkap layar kapal UFO yang pernah dirakam tentera udara AS. - The Sun.