Kumpulan astronomi dari Pemantau Angkasa Lepas Eropah (ESO) mendakwa menemukan tiga eksoplanet baharu yang kedudukannya berhampiran dengan Bumi.
Menurut lapor akhbar Independent UK, ketiga-tiga eksoplanet itu dikatakan mempunyai sumber air menyerupai planet Zuhrah, Utarid dan Marikh.
Eksoplanet berkenaan dikesan dengan menggunakan Very Large Telescope (VLT) milik ESO, selain diketahui mempunyai jarak 35 tahun cahaya dari Bumi.
Ketiga-tiga eksoplanet itu mengorbit bintang berdekatan yang hampir sama dengan bintang atau Matahari dalam sistem suria kita.
Maria Osorio dari Pusat Atrobiologi di sini berkata, planet yang terletak dalam zon boleh dihuni mungkin memiliki atmosfera yang dapat melindungi dan menyokong kehidupan.
"Berdasarkan pemerhatian, ketiga-tiga eksoplanet baharu tersebut mempunyai air di dasar dan atmosferanya.
"Planet paling dekat dengan mataharinya dikenali sebagai L- 98-59a yang mempunyai separuh daripada jisim Zuhrah, manakala dua lagi planet yang ditemukan adalah L 98-59a dan L 98-59c," katanya.
Planet ketiga iaitu L 98-59c didakwa mengandungi 30 peratus air.
Ahli astronomi pertama kali melihat tiga planet tersebut pada 2019, menggunakan Transiting Exoplanet Survey Satellite (TESS) Nasa dengan mengesan apabila cahaya dari bintang berdekatan mereka tenggelam apabila planet-planet melintas di hadapannya.
"Kami telah mengejar planet terestrial sejak kelahiran astronomi dan kini kami akhirnya semakin hampir dengan pengesanan planet terestrial di zon boleh dihuni bintangnya, yang mana kami boleh mengkaji atmosfera.
"Kami mempunyai petunjuk tentang kehadiran planet terestrial dalam zon boleh didiami sistem ini,” kata Olivier Demangeon, dari Universiti Porto di Portugal. - Sumber Independent UK.